KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah kepada umat Islam di negeri ini dan seluruh negara.
Baginda berdua, menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, menyifatkan tahun baharu Hijrah sebagai simbol kepada pengorbanan, ketabahan dan permulaan kepada perubahan yang lebih baik dalam kehidupan.