Lelaki kahwini patung kayu demi penuhi hasrat bapa

Iklan
Seorang lelaki di India disuruh berkahwin dengan patung wanita untuk membuang nasib malang. Foto AI

GHAPUR – Seorang lelaki di India mencetuskan sensasi selepas berkahwin dengan patung kayu wanita atas permintaan bapanya yang berusia 90 tahun.

Menurut laporan The New Indian Express, perkahwinan unik itu berlangsung pada 18 Jun 2025 di daerah Ghapur, dengan kehadiran ahli keluarga dan seorang sami Hindu.

Iklan
Iklan

Lelaki terbabit merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik dan dikatakan kurang bernasib baik dalam kehidupan, termasuk tidak memiliki harta serta tidak menonjol dalam bidang akademik.

Bapanya, Shiv Mohan, memberitahu media ANI bahawa dia mahu semua anak lelakinya berkahwin sebelum dia meninggal dunia.

Iklan

“Lapan anak saya sudah berkahwin, jadi saya sarankan yang bongsu berkahwin dengan patung,” katanya.

Upacara tersebut menyaksikan patung wanita bersaiz manusia lengkap berpakaian sutera merah, dibawa mengelilingi api sebanyak tujuh kali mengikut ritual tradisi perkahwinan Hindu.

Iklan

Media tempatan memaklumkan bahawa perkahwinan simbolik dengan patung bukanlah sesuatu yang asing di beberapa kawasan di India, terutama apabila melibatkan kepercayaan tradisional untuk menghapuskan nasib malang. – Agensi