KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan satu tinjauan elektronik bagi menilai tahap kepuasan jemaah haji bagi musim haji 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Tinjauan itu terbuka kepada semua jemaah haji, sama ada dari dalam atau luar negara untuk berkongsi pandangan dan maklum balas mereka.
Iklan
Iklan
Ditawarkan dalam sembilan bahasa - Arab, Inggeris, Sepanyol, Parsi, Perancis, Hindi, Melayu, Turki dan Cina - tinjauan itu memastikan perkhidmatan yang disediakan selaras dengan jangkaan jemaah serta menyumbang kepada matlamat Visi 2030 Arab Saudi dalam menyampaikan pengalaman haji yang lancar dan bermakna.
Kementerian menggalakkan semua jemaah haji untuk mengambil bahagian dan menekankan bahawa maklum balas mereka akan digunakan secara langsung dalam membuat keputusan bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan.
Tinjauan itu boleh diakses menerusi pautan https://hajsurvey.com/departure_survey. -Bernama