SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mendahului senarai 340 penerima Darjah, Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena hari Keputeraan ke-71, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, semalam.
Beliau antara dua penerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.