KOMANDER tentera tertinggi Iran, Ali Shadmani, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu selepas mengalami kecederaan parah dalam serangan udara semalaman Israel di tengah Teheran minggu lalu.
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) seperti dipetik media tempatan Iran memaklumkan pasukan itu akan melakukan tindak balas yang dahsyat susulan kematian Ali Shadmani.