'Itu pilihan dia...' – Abby Abadi tidak mahu besarkan isu rumah tangga Marissa

Iklan
Abby kini mengutamakan hubungan kekeluargaan berbanding isu rumah tangga anaknya.

PELAKON dan penyanyi Abby Abadi memilih untuk tidak terus mengulas panjang mengenai kemelut rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania, 20, yang masih menjadi perhatian umum.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, dia reda dengan keputusan yang dibuat anaknya itu dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan hidup serta pengalaman yang bakal dilalui Marissa sendiri.

Iklan
Iklan

"Fasal anak sebenarnya saya tidak berminat untuk membesarkan lagi isu ini. Itu pilihan dia, biar dia lalui sendiri. Sampai satu tahap kalau perkara itu baik untuk dia, ia akan berpanjangan (jodoh).

"Kalau tidak baik, kita tengok sahaja apa yang jadi. Itu saja yang saya boleh katakan," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Elite Live '25 yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Isnin.

Iklan

Perkahwinan Marissa dan Aslam menjadi perhatian masyarakat.

Bercakap lanjut, penyanyi kumpulan Elite itu turut menegaskan bahawa hubungan mereka sekeluarga masih berada dalam keadaan baik dan meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat anaknya.

Iklan

"Kami (keluarga) okay sahaja dan tidak mahu isu keluarga menjadi lebih buruk. Biarlah masing-masing ambil tempoh bertenang," jelasnya.

Dalam nada tenang tetapi tegas, Abby dilihat mengambil pendekatan seorang ibu moden yang percaya setiap anak perlu diberi ruang membuat keputusan sendiri meskipun pilihan itu mungkin mengundang risiko dan pandangan luar.

Tiada sebarang luahan beremosi atau sindiran dilemparkan sebaliknya, Abby menyerahkan segala-galanya kepada takdir dan masa ibarat seorang ibu yang sudah tahu, hidup akan mengajar lebih banyak dari kata-kata.

"Saya baik sahaja dengan dia, anak saya tetap anak saya," jawabnya ringkas apabila ditanya mengenai hubungan mereka berdua.

Untuk rekod, Marissa Dania mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.

Perkahwinan itu mencetuskan kontroversi apabila difahamkan Aslam masih bergelar suami kepada Umisya Mazlan ketika bernikah dengan Marissa.

Aslam dan Umisya berkahwin pada Julai 2020 dan pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Marissa merupakan anak hasil perkahwinan Abby dan pelakon Norman Hakim pada tahun 2002. Pasangan selebriti itu berpisah pada 2009.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, dan Danisha Hakim, 17 tahun.