BUENOS AIRES - Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kejadian banjir lumpur berhampiran bandar Medellin di Colombia, kata Gabenor Antioquia, Andres Julian Rendon pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rendon menggesa penduduk di bandar Bello dan kawasan sekitarnya supaya berpindah kerana kawasan itu masih terdedah kepada risiko tanah runtuh berikutan hujan yang berterusan.