Air mata Bella iringi pembebasan Syed Saddiq

Iklan
Bella Astilah (kanan) menyaksikan Syed Saddiq (kiri) bersama kedua ibu bapanya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah sujud syukur selepas keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepadanya. Foto Sinar Harian.

PUTRAJAYA – Penyanyi, Bella Astillah gagal menahan air mata selepas Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat kes menyeleweng dana Armada, tujuh tahun lalu.

Bella, atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, juga banyak menundukkan diri ketika sidang akhbar Syed Saddiq, 33, yang terlepas daripada sabitan bersalah dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ketika ditemui di luar mahkamah, pelakon itu melontarkan senyuman dengan menyatakan air mata itu merupakan tangisan kegembiraan dan kesyukuran.

Bella juga dilihat ceria ketika bergambar bersama ahli keluarga Syed Saddiq selepas sidang akhbar tersebut.

Iklan

Pada Rabu, Syed Saddiq bernasib baik apabila mahkamah melepaskan dan membebaskannya daripada sabitan dan hukuman atas empat kes itu.

Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta (RM120,000) dan dua pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing (RM50,000).

Iklan

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq, 33, untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

AKAN MENYUSUL