GEORGE TOWN – Dua lelaki yang didakwa mendatangkan kecederaan kepada seorang anggota polis dalam insiden di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini pada Ahad lepas akan didakwa di mahkamah pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan telah menerima arahan untuk mendakwa kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu.