Johnny Lim anak Cina pertama naik pangkat Leftenan Jeneral

Iklan
Mohd Nizam (kanan) memakaikan pangkat kepada Johnny Lim (tengah) yang melakar sejarah sebagai pegawai kanan ATM berbangsa Cina pertama dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral.

KUALA LUMPUR – Komandan Maktab Ketahanan Nasional (NRC), Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah apabila menjadi anak berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan disaksikan oleh semua panglima perkhidmatan dalam satu majlis di Wisma Pertahanan, di sini, pada Isnin.

Iklan
Iklan

ATM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa anak kelahiran Melaka itu memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah St Francis, Melaka dari tahun 1973 hingga 1978 sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah St Francis, Melaka dari tahun 1979 hingga 1983.

Mohd Nizam (dua dari kiri) bergambar bersama Johnny Lim (kiri) selepas majlis pemakaian pangkat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Iklan

“Beliau menyertai latihan Pegawai Kadet sebagai Tauliah Jangka Tetap Ke-25 (TJT 25) dan seterusnya menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom, sebelum ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

“Kenaikan pangkat berkenaan mencerminkan komitmen ATM terhadap prinsip meritokrasi dan keterbukaan dalam pengambilan serta pembangunan kerjaya,” katanya pada Selasa.

Iklan

Tambah kenyataan itu, pencapaian ini diharapkan menjadi pemangkin kepada penyertaan lebih meluas daripada semua kaum dalam kerjaya ketenteraan.

Jelasnya lagi, perkembangan ini sekali gus menjadikan ATM sebagai lambang terbaik kepada konsep 'Unity in Diversity' dan perpaduan nasional.