PTKL2040 ke arah pembangunan lebih manusiawi, inklusif dan berteknologi - PM

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan menunjukan buku Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan DBKL hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) yang dilancarkan hari ini menandakan permulaan kepada satu rombakan besar-besaran dalam perancangan pembangunan ibu negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan PTKL2040 sebagai pelan paling lengkap dalam sejarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), beliau berkata, ia bukan sekadar penyusunan fizikal kota, tetapi satu anjakan falsafah dan pendekatan bagi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar lebih manusiawi, inklusif dan adil kepada masyarakat.

Iklan
Iklan

Selain itu, Perdana Menteri berkata, PTKL2040 turut mengambil kira pemikiran dan teknologi baharu seperti digital dan kecerdasan buatan (AI) termasuk dalam membangunkan perumahan rakyat.

"Kita bukan membangunkan kota yang baharu seperti Putrajaya, tidak. Kita bangunkan dalam keadaan sudah terikat dengan beberapa struktur lama yang tidak mungkin dipindahkan, agak lebih sukar.

Iklan

"Jadi, jangan kita andaikan peluncuran ini bermakna membangunkan satu imej baharu Kuala Lumpur, ia sedaya upaya terbatas kepada kerangka lama yang tidak semestinya memenuhi maksud dan keperluan kita," kata beliau pada pelancaran PTKL2040 di sini hari ini.

 

Iklan