STPM 2024: Pulau Pinang catat PNGK negeri tertinggi, 95 calon raih 4.00

Iklan
Sebahagian pelajar yang memperoleh PNGK 4.0 dalam STPM 2024 merakamkan gambar bersama selepas keputusan diumumkan pada Selasa.

BUTTERWORTH - Seramai 95 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Pulau Pinang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam Peperiksaan STPM 2024.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Yusof Shaari berkata, bilangan itu meningkat sebanyak 25 orang berbanding 70 calon pada STPM 2023.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua daripada 17 calon yang mendaftar turut memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran, berbanding tiada seorang pun calon yang mencapai pencapaian itu pada peperiksaan tahun lalu.

“PNGK Pulau Pinang bagi STPM 2024 telah meningkat sebanyak 0.06 mata berbanding tahun lepas, iaitu daripada 2.90 pada 2023 kepada 2.96 pada 2024.

Iklan

“PNGK Pulau Pinang pada tahun ini juga merupakan PNGK negeri tertinggi sejak pelaksanaan peperiksaan STPM setakat ini,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2024 peringkat negeri Pulau Pinang di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, di sini pada Selasa.

Yusof berkata, peratusan calon STPM 2024 yang lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran berbanding STPM 2023 didapati menurun sebanyak 0.49 peratus, melibatkan 1,675 calon.

Iklan

Selain itu, katanya, secara keseluruhan sebanyak 1,699 atau 98.5 peratus calon hadir menduduki peperiksaan STPM 2024 daripada 1,725 calon yang mendaftar.