Iran mahu kekalkan hubungan dengan Qatar walau serang pangkalan udara Al Udeid

Iklan
Peluru berpandu pemintas dilancarkan selepas angkatan bersenjata Iran mengaku menyasarkan pangkalan Al-Udeid dalam satu serangan peluru berpandu, seperti dilihat dari Doha, Qatar, 23 Jun 2025. (Gambar: REUTERS)

TEHERAN - Iran menegaskan bahawa pihaknya komited untuk terus mengekalkan hubungan mesra dengan Qatar meskipun melancarkan serangan ke atas Pangkalan Tentera Udara Al Udeid yang terletak di negara Teluk itu, baru- baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, serangan tersebut hanya langkah ketenteraan yang bersasar dan tidak menjejaskan keselamatan penduduk awam.

Iklan
Iklan

"Pangkalan yang menjadi sasaran pasukan Iran terletak jauh daripada kawasan perumahan dan kemudahan awam di Qatar.

“Tindakan ini tidak membawa sebarang kesan berbahaya terhadap negara sahabat dan bersaudara kami, Qatar serta rakyatnya yang mulia,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Pangkalan Udara Al Udeid, yang menempatkan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya, dilaporkan menjadi sasaran serangan balas Teheran dalam perkembangan terbaharu ketegangan di rantau Timur Tengah.

Situasi di rantau itu terus menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang bimbang kemungkinan tercetusnya konflik lebih meluas sekiranya ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat terus memuncak.

Iklan