Malaysia ketinggalan guna AI dalam perniagaan
Iklan
Berdasarkan laporan kajian Lazada, penjual dalam talian di Malaysia hanya mengaplikasikan AI dalam 26 peratus operasi perniagaan mereka berbanding purata Asia Tenggara sebanyak 37 peratus. Gambar kecil: Ramiro
SHAH ALAM - Prestasi Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam perniagaan dilihat masih ketinggalan berbanding negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura apabila wujud jurang ketara antara tahap kesedaran serta pelaksanaannya.
Ketua Pegawai Operasi Lazada, Angel Ramiro berkata, secara purata, penjual dalam talian di Malaysia hanya mengaplikasikan AI dalam 26 peratus operasi perniagaan mereka berbanding purata Asia Tenggara sebanyak 37 peratus.