Konflik Israel-Iran: Hampir 5 peratus penerbangan ke Timur Tengah dibatalkan

Iklan
Sebanyak 1,552 daripada 32,583 penerbangan berjadual ke Dubai, Tel Aviv, Doha dan Abu Dhabi telah dibatalkan bulan ini, menurut data Cirium - Foto: Agensi

SHAH ALAM – Hampir lima peratus penerbangan antarabangsa ke Timur Tengah dibatalkan sepanjang bulan ini susulan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran.

Memetik laporan South China Morning Post, situasi keselamatan di rantau tersebut menjadi semakin tidak stabil berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengebom beberapa tapak nuklear utama Iran baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurut data daripada syarikat analisis penerbangan Cirium, sebanyak 1,552 daripada 32,583 penerbangan berjadual ke Dubai, Tel Aviv, Doha dan Abu Dhabi telah dibatalkan bulan ini, bersamaan 4.76 peratus daripada jumlah keseluruhan penerbangan ke destinasi tersebut di seluruh dunia.

Jurucakap Cirium, Mike Arnot berkata, setakat ini tiada pembatalan penerbangan antara Hong Kong dan Timur Tengah direkodkan pada bulan Jun.

Iklan

Ujarnya, pesawat dari Hong Kong lazimnya melalui ruang udara Myanmar dan India, sekali gus mengelakkan kawasan zon konflik.

“Ketika ini terdapat perkhidmatan dua kali sehari oleh Emirates antara Dubai dan Hong Kong, manakala Qatar Airways menawarkan jadual serupa antara bandar itu dan Doha.

Iklan

“Syarikat Cathay Pacific Airways juga masih meneruskan penerbangan ke Dubai dan Riyadh,” katanya pada Isnin.