Ibu kandung, bapa tiri kanak-kanak maut disyaki didera direman esok

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kes budak sembilan tahun maut disyaki didera bapa tiri

MELAKA – Wanita warga Indonesia yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan yang maut dipercayai akibat didera akan direman bersama bapa tiri mangsa di Mahkamah Majistret di sini, pada pagi Selasa.

Sumber berkata, pasangan berusia dalam lingkungan 30-an yang telah ditahan polis itu akan direman pada jam 9 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat didera oleh bapa tiri.

Iklan

Menurut sumber, insiden yang menimpa kanak-kanak malang itu terbongkar selepas polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta sekitar jam 9.45 pagi.

“Difahamkan pihak hospital memaklumkan terdapat kesan yang disyaki akibat dera selepas mangsa dihantar oleh bapa tirinya untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan

“Lebih menyedihkan, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami patah kaki serta kesan lebam di kepala dan badan,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang berada dalam keadaan parah dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan.