TIC Bintulu berpotensi sumbang RM12 bilion kepada KDNK - PM
Iklan
Anwar
KUALA LUMPUR - Inisiatif Peralihan Kluster Perindustrian (TIC) di Bintulu, Sarawak berpotensi menyumbang tambahan RM12 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, beliau berkata, inisiatif tersebut juga dijangka mewujudkan 19,000 peluang pekerjaan baharu serta mengurangkan sebanyak 21.35 juta tan pelepasan karbon menjelang 2040.
Iklan
Iklan
"Usaha ini selari dengan aspirasi negeri ke arah karbon sifar dan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju industri hijau negara,” kata beliau menerusi hantaran di laman X, hari ini.
Terdahulu hari ini Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil. 3/2025, wadah penting untuk menilai kemajuan dan menetapkan arah baharu ekonomi digital negara.
Iklan
Perdana Menteri berkata semasa mesyuarat tersebut beliau tertarik dengan pembentangan terkait hasrat Sarawak membangunkan TIC di Bintulu.
Justeru, beliau berkata, kerajaan bersetuju mengangkat TIC sebagai agenda nasional memandangkan ia adalah langkah strategik yang menyatukan syarikat dan institusi awam untuk memacu pertumbuhan ekonomi hijau, membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan mengurangkan pelepasan karbon.
Iklan
Sementara itu, mesyuarat tersebut turut menyentuh mengenai pelaksanaan GovTech Malaysia, termasuk aplikasi MyGOV Malaysia yang berfungsi sebagai gerbang digital tunggal kerajaan.
"Melaluinya, rakyat boleh berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan secara dalam talian tanpa perlu menunggu di kaunter.
"Ini adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat secara mudah, cekap dan telus,” kata beliau.
Semasa mesyuarat tersebut, Anwar berkata, beliau turut menekankan kepentingan peluasan pelaksanaan MyDigital ID ke sektor swasta.
"Kita mesti membina ekosistem digital yang selamat, menyeluruh dan dipercayai bukan hanya dalam urusan kerajaan, tetapi dalam seluruh kehidupan harian rakyat dan aktiviti perniagaan masa depan,” kata beliau. - Bernama
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.