Calon KP AKPS sudah ada, pengumuman dalam masa terdekat - Saifuddin
Iklan
Saifuddin Nasution bercakap pada sidang media selepas hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa pada Isnin. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, calon untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sudah dikenal pasti.
Beliau berkata, pengumuman bakal dibuat dalam masa terdekat.
Iklan
Iklan
"Dalam proses (pelantikan), (dalam masa) terdekat ini akan buat pengumuman," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Isnin.
Jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Hazani Ghazali bersara wajib pada 10 Februari lepas.
Iklan
Susulan itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) pada 14 Mei lepas melahirkan kebimbangan mengenai kelewatan pelantikan Ketua Pengarah AKPS yang baharu dan menggesa kekosongan jawatan penting itu perlu diisi segera. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>