VIENNA - Serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear di Iran tidak melepaskan sebarang radiasi di luar tapak terbabit, menurut penilaian awal Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Berikutan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran - termasuk Fordow - IAEA boleh mengesahkan bahawa setakat ini tiada peningkatan tahap radiasi di luar tapak dilaporkan,” kata badan pemantau antarabangsa itu pada awal pagi di platform X.