Lima ditahan bantu siasatan kes tembak di Brickfields - Polis

Iklan
Mohamed Usuf

KUALA LUMPUR – Seramai lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan di sebuah restoran di Brickfields, di sini pada 13 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kesemua suspek ditahan pada 16 Jun di sekitar ibu negara bagi siasatan kes tersebut.

Iklan
Iklan

“Bagaimanapun, kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil.

“Bagi kes di Cheras pula, masih belum ada tangkapan dibuat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Iklan

Menurut Mohamed Usuf, setakat ini seramai 18 saksi telah diambil keterangan bagi kes di Brickfields, manakala bagi kes di Cheras pula, seramai 20 orang saksi telah dirakam percakapan mereka.

“Kita masih giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat,” katanya.

Iklan

Pada Khamis lalu, polis tidak menolak kemungkinan dua kes tembakan yang berlaku di ibu negara dalam tempoh empat hari baru-baru ini mempunyai kaitan dengan kegiatan kongsi gelap.

Mohamed Usuf sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan awal menunjukkan kedua-dua kes tersebut membabitkan elemen kongsi gelap.

Dalam kejadian di Brickfields pada 13 Jun lalu, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas ditembak dari jarak dekat oleh salah seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal di hadapan sebuah restoran.