[VIDEO] Kebakaran kilang: Penduduk ambil langkah berjaga-jaga situasi keadaan terkawal

Iklan

JOHOR BAHRU – Orang ramai terutamanya penduduk di Jalan Kempas 7 yang berada sekitar hanya 10 meter dari kawasan kilang yang terbakar pada Sabtu tetap mengambil langkah berjaga-jaga biarpun kebakaran di kawasan berkenaan dimaklumkan dalam keadaan terkawal.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan berkenaan pada Ahad mendapati orang ramai tetap menjalani rutin harian seperti biasa, namun tidak melepasi lintas garisan kuning di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Penduduk melihat kesan kawasan kilang yang terbakar.

Seorang penduduk, Mortaza Roslan, 63, berkata, ketika api sedang marak bomba telah mengarahkan untuk mengosongkan rumah.

Iklan

Katanya, ketika itu dirinya tiada pilihan melainkan mengikuti sahaja arahan yang diberikan.

Mortaza

Iklan

"Tengah hari semalam, bomba arahkan kosongkan rumah terutama yang menghadap kawasan kebakaran. Pada sebelah petangnya pula, mereka maklumkan boleh masuk semula bila keadaan selamat.

"Bagaimanapun pada sebelah malam, saya tetap buat pemantauan dari dalam rumah bimbang kalau ada arahan kecemasan lain,” katanya.

Haslina

Seorang lagi penduduk, Haslina Mahmod, 59, memberitahu, tidak menyangka akan berlaku kebakaran besar di hadapan rumahnya.

"Dalam pukul 12 lebih saya nampak api di depan rumah. Saya terus berlari keluar menuju ke rumah anak di belakang. Suami masih tinggal dalam rumah ketika itu.

"Bila balik semula dalam jam 6 petang api masih ada. Memang kami takut... sampai pagi pun bomba masih ada kawal dan harap janganlah berlaku apa-apa yang teruk lagi," katanya.