Tak perlu panik, lokasi buaya bersidai jauh dari kawasan awam - Perhilitan Negeri Sembilan

Iklan
Tangkap layar video tular yang memeaparkan seekor buaya bersidai di tebing Sungai Linggi.

SEREMBAN – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik susulan video tular yang memaparkan beberapa ekor buaya bersidai di kawasan berpasir disyaki terletak di Sungai Linggi di sini

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, kawasan itu merupakan habitat semula jadi bagi buaya dan jauh daripada lokasi rekreasi atau tempat mandi-manda awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, video berkenaan telah diteliti dan lokasi kejadian dipercayai berlaku di sekitar Sungai Linggi yang memang menjadi habitat semula jadi bagi reptilia berkenaan.

“Kawasan berpasir atau berlumpur di tepi sungai memang sering dijadikan tempat buaya bersidai.

Iklan

“Sepanjang pemantauan kami, tiada aktiviti mandi-manda dijalankan di kawasan tersebut, hanya terdapat pemancing,” katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Terdahulu, sebuah video selama 40 saat yang memaparkan beberapa ekor buaya berjemur di kawasan berpasir telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Iklan

Ada dalam kalangan pengguna media sosial menasihatkan orang ramai agar tidak beriadah berhampiran kawasan tersebut serta tidak mengganggu habitat haiwan liar itu sebagai langkah keselamatan.

Faizal berkata, lokasi tersebut memang dikenal pasti sebagai kawasan pemancing, dan sebarang aktiviti berkaitan perlu dirujuk kepada Jabatan Perikanan.

“Perhilitan sentiasa melakukan pemantauan berkala di kawasan itu dan menasihatkan pemancing agar tidak melakukan sebarang provokasi terhadap hidupan liar berkenaan,” katanya.