Rakyat Malaysia diarah tinggalkan Iran - Mohamad
Iklan
Mohamad
KUALA LUMPUR - Kementerian Luar telah mengarahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran untuk meninggalkan negara itu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihak Wisma Putra telah menguruskan pengangkutan darat untuk semua rakyat Malaysia menuju ke Ashgabat, Turkmenistan.
Iklan
Iklan
"Lantaran tiada sebarang penerbangan dibenarkan melalui Iran pada ketika ini. Kita telah siapkan kenderaan untuk mereka melalui jalan darat pergi ke tempat paling dekat.
"Perjalanan sejauh 950km dianggarkan 13 jam kerana perjalanan ke sana perlu merentasi banjaran dan sebagainya," katanya menerusi satu perkongsian video kepada Awani
Iklan
Mengulas lanjut, Mohamad berkata semua kelulusan daripada pihak Turkmenistan seperti visa telah diluluskan.
Kesemua rakyat Malaysia yang berpindah akan tinggal selama dua hari di Ashgabat sebelum dibawa pulang ke tanah air.
Iklan
Wisma Putra sebelum ini memaklumkan jumlah rakyat Malaysia di Iran adalah kecil dan terdiri daripada kakitangan kedutaan, pelajar dan pelancong, dengan semua persiapan termasuk visa telah dimuktamadkan.
Kementerian itu juga sedang bekerjasama rapat dengan Perwakilan Malaysia yang terlibat bagi memastikan perjalanan pulang rakyat Malaysia ke tanah air dilaksanakan dengan segera dan selamat.
Terdahulu, Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan memindahkan rakyatnya dari Iran pada Jumaat berikutan peningkatan risiko keselamatan susulan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>