Crespo pulang ke Sao Paulo

Iklan
Crespo

BEKAS penyerang Argentina, Hernan Crespo, telah kembali ke Sao Paulo sebagai pengendali, empat tahun selepas membimbing kelab itu meraih kejuaraan Liga Serie A Brazil.

Pengumuman ini dibuat oleh kelab pada Khamis, menyaksikan Crespo, yang pernah mewakili kelab-kelab terkemuka Eropah seperti Chelsea, Inter Milan dan AC Milan, mengambil alih jawatan daripada rakan senegaranya, Luis Zubeldia.

Iklan
Iklan

Sebagai rekod, Zubeldia telah berpisah dengan Sao Paulo setelah hanya memenangi dua daripada 12 perlawanan liga pertama bersama gergasi Brazil berkenaan.

“Crespo adalah seorang profesional hebat yang sudah mengenali kelab ini, pernah memenangi gelaran di sini, dan masanya telah tiba untuk beliau kembali.

Iklan

“Kami gembira menyambut kepulangannya,” kata Presiden Sao Paulo, Julio Casares, dalam satu kenyataan.

Tempoh pertama Crespo sebagai pengendali Sao Paulo berakhir pada Oktober 2021, kurang daripada lima bulan selepas memenangi liga, berikutan permulaan yang mengecewakan dalam kempen mempertahankan gelaran mereka.

Iklan

Sebelum kepulangannya ini, Crespo telah membimbing kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain, meraih gelaran Liga Juara-Juara Asia Elit pada Mei tahun lalu, sekali gus melayakkan mereka ke Piala Dunia Kelab yang sedang berlangsung.

Namun, beliau dipecat pada November berikutan rentetan keputusan yang kurang memberangsangkan kelab berkenaan.