Guna bahan tanpa rekod antara punca sijil halal ditarik

Iklan
SEMUA ramuan termasuk bahan rahsia cef wajib diisytihar semasa permohonan sijil halal. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

PENARIKAN balik sijil halal sesebuah hotel bukanlah perkara luar biasa termasuk apabila premis berkenaan menganjurkan aktiviti yang bertentangan dengan syariat Islam.

Namun, menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Muhyidin Aziz@Saari, tindakan itu biasanya berpunca daripada pelanggaran syarat pensijilan halal yang ditetapkan pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Jelasnya, antara kegagalan serius adalah tidak mematuhi sistem kawalan halal melibatkan peralatan, bahan mentah dan percampuran di dapur yang telah disahkan halal.

Apabila dapur atau restoran sudah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Ustaz Muhyidin menegaskan, ia bukan bermakna pengusaha hotel atau premis boleh membeli bahan gantian secara tunai di mana-mana kedai berdekatan jika terputus bekalan bahan mentah.

Iklan

USTAZ MUHYIDIN

“Pembelian secara tunai tidak sepatutnya berlaku sebab mereka perlu mematuhi sistem (kawalan halal dalam MyeHALAL) kerana nanti akan ada pengauditan dan pemantauan.

Iklan

“Pembelian tunai tidak ada rekod (dalam sistem MYeHALAL). Bila tiada rekod ketika disemak, kita tidak boleh kenal pasti sumbernya halal ataupun tidak, maka ia menjadi satu kesalahan,” katanya.

Sementara itu, bagi homestay yang tidak menyediakan makanan, beliau menjelaskan, tiada keperluan memohon sijil halal.

“Namun, jika ia menawarkan perkhidmatan bufet atau memasak kepada pelanggan, permohonan di bawah kategori premis makanan perlu dibuat,” katanya.

Mengulas kekeliruan orang ramai tentang status hotel ‘Mesra Muslim’ yang disangka mempunyai pensijilan halal, Ustaz Muhyidin menjelaskan, kedua-dua pengiktirafan itu membawa makna berbeza meskipun ada segelintirnya mempunyai ciri yang kelihatan serupa.

"Pensijilan (halal) di hotel ini melibatkan dapur dan juga restoran di hotel.

“Jadi kalau kita kata soal tempat kemudahan untuk solat, surau dan sebagainya, itu di bawah skop yang kita sebut ‘Mesra Muslim’," jelasnya.