'Kami sasar pangkalan tentera, bukan hospital' – Iran

Iklan
Seorang jururawat membawa bekalan perubatan melepasi bangunan yang terbakar di Hospital Soroka selepas serangan peluru berpandu Iran di Beersheba. - AFP

TEHERAN - Iran pada Khamis menegaskan bahawa sasaran utama serangan peluru berpandu yang mengenai sebuah hospital di selatan Israel sebenarnya adalah pangkalan tentera dan risikan milik Israel, bukan kemudahan kesihatan awam.

Menurut agensi berita rasmi IRNA, sasaran sebenar adalah Markas Komando dan Risikan Tentera Israel (IDF C4I) serta Kem Risikan Tentera di Taman Teknologi Gav-Yam, yang terletak berhampiran Hospital Soroka.

Iklan
Iklan

“Hospital hanya terdedah kepada gelombang letupan. Sasaran sebenar dan tepat ialah fasiliti ketenteraan itu,” kata laporan tersebut.

Kenyataan sama turut dikeluarkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang mengesahkan operasi itu menyasarkan pusat pemerintahan dan risikan Israel yang berhampiran hospital, menggunakan peluru berpandu berpandu berketepatan tinggi.

Iklan

Dalam serangan itu, Hospital Soroka serta dua bandar berhampiran Tel Aviv dilaporkan terkena impak serangan.

Pasukan penyelamat Israel mengesahkan sekurang-kurangnya 47 orang cedera.

Iklan

“Rejim Zionis telah diberi amaran bahawa ruang udaranya tidak selamat dan tiada tempat perlindungan lagi,” kata IRGC dalam kenyataan yang disiarkan televisyen negara.

Serangan ini berlaku pada hari ketujuh konflik bersenjata antara Iran dan Israel yang semakin memuncak sejak tercetus Jumaat lalu. - AFP