27 PATI ditahan, tiga premis diarah tutup

Iklan
Anggota penguat kuasa MBPG dan JIM Johor memeriksa PATI di sebuah premis perniagaan. - Foto MBPG. - Foto MBPG

PASIR GUDANG – Seramai 27 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan manakala tiga premis perniagaan diarah tutup dalam satu operasi bersepadu yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di sini pada Isnin.

MBPG menjelaskan, operasi membabitkan pemeriksaan ke atas 21 premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di sekitar Pasir Gudang

Iklan
Iklan

"Seramai 27 daripada 60 PATI diperiksa ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6(1)(c) atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

PATI terdiri daripada 17 lelaki dan 10 wanita,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Iklan
Iklan

Selain itu, MBPG turut mengambil tindakan penutupan terhadap tiga premis yang dikesan beroperasi tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan.