INDEKS Keterbukaan Perdagangan (IKP) Malaysia meningkat kepada 149.0 pada tahun 2024 berbanding 144.6 pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, IKP mengukur kebergantungan perdagangan antarabangsa bagi barangan terhadap ekonomi dan bertindak sebagai indikator untuk menilai kepentingan perdagangan di peringkat nasional dan negeri.