‘Kalau tak mampu membantu, usah jadi racun’ - Mohd Ashraf
Iklan
Mohd Ashraf Mustaqim
SHAH ALAM – Tindakan pihak tertentu yang cuba mencipta persepsi bahawa wujud krisis dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai perbuatan parasit demi mendapatkan kuasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, semua ahli perlu terus mempertahankan kepimpinan tertinggi dan membantu memperkuatkan parti, bukannya melaga-lagakan saf kepimpinan.
Iklan
Iklan
“Kalau tidak mampu jadi madu yang membantu, usahlah pula menjadi racun. Bersatu tidak akan kuat jika dalamannya sendiri busuk.
“Bersatu akan jatuh jika dikhianati oleh anak dalam rumah sendiri. Insaflah daripada terus menjadi duri dalam daging atau parasit,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Iklan
Pada Sabtu, media melaporkan dakwaan mengenai cadangan penstrukturan semula Perikatan Nasional (PN) bagi memberi kuasa lebih besar kepada Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Menurut Mohd Ashraf Mustaqim, realitinya parti masih berada dalam keadaan tersusun dan terarah.
Iklan
Katanya, pihak yang mencetuskan gelombang kononnya mahukan perubahan dalaman hanyalah watak yang bernafsu mahu naik dengan jalan pintas.
“Mereka menanam ‘pecah dan perintah’ agar kononnya tampak relevan. Ini bukan pejuang.
“Kita bukan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kita bukan seperti UMNO yang kini hanyut dalam kebersamaan palsu.
“Kita adalah Bersatu, parti yang dibina atas nama perjuangan, bukan pengkhianatan,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>