HANOI - Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala seorang lagi masih hilang di wilayah tengah Vietnam akibat hujan lebat dan banjir yang dicetuskan oleh Taufan Wutip, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Empangan Vietnam pada Ahad, lapor Xinhua.
Enam kematian dilaporkan di wilayah Quang Binh dan Quang Tri, manakala seorang lagi mangsa hilang selepas dihanyutkan arus deras di Quang Binh.