KATHMANDU - Tiga pekerja terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh di timur Nepal pada petang Sabtu, lapor Xinhua memetik kenyataan polis pada Ahad.
Jambatan itu dibina bagi menghubungkan daerah Panchthar dan Taplejung apabila ia runtuh pada 6.30 petang waktu tempatan.