Israel serang ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Teheran - Media Iran

Iklan
Serangan udara Israel awal pagi Ahad menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Teheran. Foto Tehran Times

ISTANBUL - Serangan udara Israel awal pagi Ahad menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Teheran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik agensi berita Tasnim.

Serangan itu menyasarkan bangunan Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera di kawasan Nobonyad, menyebabkan kerosakan kecil pada sebuah bangunan pentadbiran.

Iklan
Iklan

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Iran.

Terdahulu pada pagi Jumaat, tentera Israel melancarkan serangan terhadap Iran, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu serta mengorbankan beberapa komander tentera dan saintis kanan Iran.

Iklan

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di wilayah pendudukan Israel, mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kerosakan kepada bangunannya. - Bernama/Anadolu

 

Iklan