Mohon peruntukan naik taraf laluan Temerloh-Triang

Iklan
Mohd Anuar Tahir

TEMERLOH - Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan naik taraf laluan FR10 membabitkan laluan Temerloh-Triang untuk jangka masa panjang.

Permohonan berkenaan akan dimasukkan ke dalam Rolling Plan (RP5) tahun depan.

Iklan
Iklan

Timbalan Menterinya, Mohd Anuar Tahir memberitahu, ia antara usaha yang diambil selepas rungutan pengguna dan penduduk di laluan terbabit yang merayu supaya jalan berkenaan segera dinaik taraf demi keselesaan pengguna.

Menurutnya, pihak telah mendapat komitmen daripada pihak kementerian berkaitan bagi pemohonan penyelenggaraan tersebut.

Iklan

"Untuk jangkamasa pendek, penyelenggaraan berkala akan diberi keutamaan dalam penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan untuk daerah Temerloh termasuk jalan Temerloh-Bera,"katanya kepada Sinar Harian semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perlu laluan lebih baik]

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut meminta kontraktor yang terlibat supaya lebih peka dan bertanggungjawab dengan setiap tugasan yang dilakukan.

"Ini berikutan berlakunya kerosakan jalan di beberapa lokasi di laluan terbabit dan puncanya disebabkan kualiti kerja penurapan yang dilakukan mereka.

"Saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terlibat menyediakan permukaan jalan yang baik selepas kerja-kerja pembaikan yang dilakukan mereka,"katanya.

Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu juga memberitahu, kementerian itu menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Temerloh akan sentiasa memantau dan menyelenggara dari sesama ke semasa keadaan laluan terbabit.