TEHRAN - Kerajaan Iran berpendapat bahawa tiada lagi tujuan untuk meneruskan rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) susulan serangan besar-besaran Israel terhadap kemudahan negara itu, menurut Kementerian Luar Iran seperti dilaporkan agensi berita Jerman (dpa).
Jurucakap kementerian, Ismail Baghai, dilaporkan berkata oleh agensi berita Tasnim bahawa pendirian AS adalah bercanggah apabila mendakwa mahu berunding, namun dalam masa sama membiarkan Israel mencabuli kedaulatan wilayah Iran.