Bedah siasat mangsa tembakan di Brickfields dijalankan petang ini

Iklan
Ketiga-tiga lelaki warga tempatan sedang makan bersama beberapa rakan sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

KUALA LUMPUR - Bedah siasat terhadap seorang mangsa yang maut dalam insiden tembakan di Brickfields pada Jumaat, akan dijalankan petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, seorang lagi mangsa yang cedera parah, masih dirawat di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.

Iklan
Iklan

"Sementara seorang lagi mangsa yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Sabtu.

Ku Mashariman

Pada kejadian 10.50 malam itu, ketiga-tiga lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang makan bersama beberapa rakan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Iklan

Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tembakan, manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Iklan