Cemburu isteri 'curang' dengan wanita lain, lelaki bakar rumah

Iklan
H sedia menanggung risiko atas perbuatannya. - Foto Agensi

JAKARTA - Seorang lelaki nekad membakar rumahnya kerana cemburu isterinya 'curang' dengan wanita lain.

Pelaku dikenali sebagai H, 44, di Petukangan Utara Pesanggrahan Jakarta Selatan bagaimanapun kesal atas tindakannya itu kerana api yang marak turut memusnahkan kediaman jiran tetangga.

Iklan
Iklan

"Saya mohon maaf kerana tidak sengaja," katanya di Polsek Pesanggrahan, Jakarta Selatan di Indonesia pada Khamis.

H juga memaklumkan dia sedia menanggung risiko atas perbuatannya.

Iklan

Pelaku turut mengaku masih menyayangi isterinya yang dipercayai menjalinkan hubungan sejenis.

H melarikan diri sejurus melakukan tindakan itu, namun dia berjaya diberkas beberapa jam kemudian di rumah rakannya di Kembangan, Jakarta Barat pada Selasa.

Iklan

Dia dinamakan sebagai suspek dan ditahan di Rutan Polsek Pesanggrahan, Jakarta Selatan di bawah Fasal 187 Ayat 1 KUHP dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 12 tahun.

Difahamkan, sebanyak lapan jentera bomba bersama 31 anggota dikerahkan untuk mengawal kebakaran itu dan kos kerugian dianggarkan mencecah 250 juta rupiah (RM65,054). - Agensi