Selebriti terbabit kes amang seksual dituduh Selasa depan - Polis

Iklan
Suspek ditahan polis selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun. (Gambar kecil: Hussein)

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang selebriti yang disiasat kes amang seksual akan dituduh di Mahkamah Putrajaya, pada Selasa depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, arahan tuduh terhadap suspek diperolehi daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

"Pertuduhan dibuat pada 17 Jun (Selasa) di Mahkamah Putrajaya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, polis komited dalam memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa serta menjamin ketelusan proses perundangan.

Terdahulu, media melaporkan suspek ditahan polis selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Iklan

Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja sejak tiga bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu.