Polis sahkan terima laporan peniaga dipukul individu didakwa kerabat diraja

Iklan
Wan Mohd Zahari

KUANTAN - Seorang peniaga mendakwa dipukul individu yang mempunyai kaitan dengan kerabat diraja dalam kejadian di sebuah premis hiburan di sini, awal bulan lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Polis terima laporan daripada mangsa berusia 30 tahun pada 5 Jun lalu dan kes disiasat Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Terdahulu, sebuah portal tempatan melaporkan polis sedang menyiasat seorang individu bergelar yang dikaitkan dengan kerabat diraja Pahang susulan kejadian di sebuah premis hiburan di Kuantan, awal Mei lalu.

Menurut laporan polis bertarikh 5 Jun yang tular di media sosial, pengadu mendakwa dia diajak ke lokasi tersebut bagi menyelesaikan insiden terdahulu melibatkan individu sama.

Iklan