Syarikat bas boleh disiasat atas kecuaian jenayah – Peguam
Iklan
Syarikat pengendali dan pemandu bas persiaran yang terlibat dalam nahas di Gerik, UPSI pada 9 Jun lalu boleh disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang. (Gambar kecil: Muhammad Akram)
SHAH ALAM - Syarikat pengendali dan pemandu bas persiaran yang terlibat dalam nahas di Gerik, Perak sehingga meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu boleh disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk atas kemungkinan melakukan kecuaian jenayah.
Peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz berkata, berdasarkan peruntukan sedia ada, pihak berkuasa boleh menggunakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk Seksyen 31 yang membolehkan pemandu hilang kelayakan memandu, selain tindakan lucut permit terhadap syarikat pengendali terbabit.