Lelaki OKU dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kuantan

Iklan
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika mangsa dipercayai turun ke sungai untuk mandi.

KUANTAN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kuantan berhampiran Kampung Tanah Putih di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Syed Alwi Syed Mohd Ali Hanafiah, 30, dikatakan pergi ke sungai itu bersama adiknya untuk memancing.

Iklan
Iklan

"Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika mangsa dipercayai turun ke sungai untuk mandi sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus dan tenggelam.

"Adik mangsa berusaha menyelamatkannya, namun gagal,” katanya dalam kenyataan.

Iklan

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) Syed Alwi bermula jam 7 malam tadi melibatkan pelbagai agensi penyelamat.

Operasi SAR telah ditangguhkan malam ini dan akan bersambung 8 pagi esok (Khamis). - Bernama 

Iklan