Selisih faham punca dua lelaki bertengkar di kaunter pembayaran kedai serbaneka
Iklan
Siasatan mendapati insiden berlaku pada 8 Jun lalu.
PETALING JAYA – Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan antara individu warga asing dengan seorang lelaki tempatan di dalam sebuah kedai serbaneka di pasar raya di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial memaparkan kejadian berkenaan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, susulan itu satu kertas siasatan berhubung kejadian dibuka.
"Polis telah menerima dua laporan daripada kedua-dua individu yang terlibat.
Iklan
"Siasatan mendapati insiden berlaku pada 8 Jun lalu dan berpunca daripada perselisihan faham semasa proses pembayaran di kaunter premis terbabit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Shahrulnizam berkata, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 44 tahun manakala suspek adalah lelaki warga asing.
Iklan
"Keterangan kedua-dua pihak telah diambil dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>