[VIDEO] Dua kesalahan besar dilakukan syarikat pengendali bas - Anthony Loke

Iklan

KUALA LUMPUR[DIKEMAS KINI] Dua kesalahan besar dilakukan oleh syarikat pengendali bas yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik pada 9 Jun lalu yang mengorbankan 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Permit syarikat berkenaan dibatalkan serta-merta.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, syarikat berkenaan yang beralamat di Kedah didapati memajak permit bas kepada pihak ketiga di Kelantan, dengan bayaran RM500 sebulan.

Anthony (tengah) ketika sidang media di Angkasapuri, pada Isnin.

Iklan
Iklan
Iklan

"Kita mendapati perjanjian itu antara dua pihak dan tindakan tersebut telah melanggar syarat permit kenderaan awam.

"Apabila diminta untuk menyerahkan laporan GPS bas berkenaan, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana sistem penjejak tidak diaktifkan.

Iklan

"Saya telah mengarahkan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) untuk membatalkan permit syarikat terlibat serta-merta selepas tempoh surat tunjuk sebab tamat," katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri, pada Rabu.