[VIDEO] Terkilan tidak beri jambu batu pada Muhammad Adib - Bapa

Iklan
Halim sehingga kini terkilan kerana tidak memberi Muhammad Adib makan jambu batu yang ditanam di tepi rumahnya di Kampung Pengkalan Cina, Bachok.

BACHOK – “Sehingga sekarang saya masih terkilan. Adib ada minta hendak makan jambu batu yang ditanam di tepi rumah, namun saya tidak beri sebab sudah janji dengan menantu.”

Demikian luahan Halim Sidik, 58, yang tidak dapat menahan sebak apabila mengenang permintaan terakhir anaknya, Allahyarham Muhammad Adib Hazim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, sehari selepas pertemuan terakhir mereka.

Iklan
Iklan

Menurut bapa kepada tujuh orang anak itu, permintaan tersebut masih bermain di fikirannya hingga ke hari ini.

Halim sehingga kini terkilan kerana tidak memberi Muhammad Adib makan jambu batu yang ditanam di tepi rumahnya di Kampung Pengkalan Cina, Bachok.

“Adib beberapa kali minta, tapi kerana saya sudah berjanji dengan menantu, saya minta dia tunggu sehingga pulang bercuti sekali lagi.

Iklan

“Dia juga ada menyuarakan keinginan untuk makan bubur kacang merah dan semasa saya membawanya ke kenduri sehari sebelum kejadian, tiada hidangan itu disediakan.

“Saya berniat untuk masak sendiri dan beri kepadanya, tetapi tidak sempat. Insya-ALLAH saya akan masak bubur kacang merah yang Adib inginkan untuk jamuan tahlil nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Cina, di sini, pada Rabu.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 1 pagi Isnin lalu, seramai 15 pelajar disahkan meninggal dunia, manakala 27 lagi cedera.

Turut cedera ialah pemandu bas dan kelindannya yang masing-masing berusia 39 dan 54 tahun.

Nahas dipercayai berlaku apabila bas yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Kampus UPSI di Tanjung Malim itu melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza sebelum hilang kawalan, lalu terbalik dan merempuh pembahagi jalan.