Pemandu nyaris dihempap pokok tumbang di Ayer Keroh

Iklan
Kereta Proton Iriz nyaris dihempap pokok dalam kejadian di Jalan Gapam-Ayer Keroh pada Selasa.

MELAKA - Seorang pemandu e-hailing wanita nyaris dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika melalui Jalan Gapam–Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, wanita berkenaan yang dipercayai memandu sebuah Proton Iriz sedang dalam perjalanan dari arah Bemban menuju ke Ayer Keroh.

Iklan
Iklan

Berdasarkan video berdurasi 30 saat yang tular, kejadian memaparkan mangsa memandu keretanya di lorong kanan jalan dua lorong tersebut.

Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, dahan besar sebatang pokok dari arah kiri jalan tiba-tiba tumbang dan melintasi jalan, menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh batang pokok yang berada di tengah jalan.

Iklan

"Aduh, apa nasib tiba-tiba pokok jatuh dekat Ayer Keroh," katanya dalam keadaan masih menggigil dan menangis selepas kejadian itu.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka kereta tersebut, turut kedengaran suara mangsa yang beberapa kali mengucapkan perkataan"Innalillahi" ketika insiden berlaku.

Iklan

Kejadian itu turut menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa berhenti apabila keseluruhan jalan dua lorong tersebut tidak boleh dilalui.