TELUK INTAN – Usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak memperkukuh sektor keusahawanan mula berhasil apabila produk tempatan, semakin berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Terbaharu, syarikat pengeluar minuman, pati dan kordial berperisa dari Teluk Intan, Ameen Products Sdn Bhd mencatat pencapaian membanggakan apabila produk mereka, Ameen berjaya menembusi pasaran Mali di benua Afrika.
Pengarah Urusannya, Mohammed Irfan Amanulla berkata, penghantaran sulung melibatkan lebih 1,400 karton atau 16,800 botol kordial pelbagai perisa bernilai RM90,000.
"Produk yang dieksport termasuk perisa mangga, oren, nanas, ros, anggur dan tropikal. Ini merupakan kali pertama produk dari Perak berjaya memasuki pasaran Mali.
"Afrika mempunyai potensi pasaran yang besar. Kami yakin lebih ramai usahawan tempatan boleh menerokanya dengan strategi dan sokongan yang betul,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Kontena Produk Syarikat Ameen Products ke Mali yang disempurnakan Exco Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Salbiah Mohamed di Taman Perindustrian Ringan di sini baru-baru ini.

Mohammed Irfan (kiri) memberikan penerangan kepada Salbiah mengenai produk yang dihasilkan di kilangnya.