Bas pelajar UPSI langgar Alza: Isteri Ustaz Lutfi patah lima tulang rusuk, anak tercampak

Iklan
Keluarga pemandu Perodua Alza yang terlibat dalam nahas membabitkan bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mengalami kecederaan serius

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Keluarga pemandu Perodua Alza yang terlibat dalam nahas membabitkan bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mengalami kecederaan serius dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), dekat Gerik, Perak pada awal pagi Isnin.

Menurut hantaran seorang pengguna Facebook, Mohd Zaidi Desa, anak lelaki kepada pemandu kenderaan tersebut, Mohd Lutfi Radzi, 37, tercampak keluar akibat impak kuat pelanggaran, manakala isterinya mengalami patah lima tulang rusuk.

Iklan
Iklan

Difahamkan, anak perempuan kepada guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Malau, Kedah itu juga patah tulang pada bahagian lutut.

"Mohon doakan Ustaz Lutfi dan keluarga yang terlibat kemalangan dengan bas bawa pelajar UPSI awal pagi tadi (Isnin).

Iklan

"Anak lelaki tercampak keluar daripada kereta, anak perempuannya patah tulang pada bahagian lutut manakala isteri patah lima tulang rusuk,” katanya pada Isnin.

Mohd Lutfi dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan isteri, Nurul Ain Zakaria (35), Nur Aisyah Nafishah (6) serta Muhammad Ahsan Nafis (2) kini sedang dirawat di Hospital Baling.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seramai 15 pelajar UPSI disahkan meninggal dunia manakala 27 yang lain cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik, Perak.

Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun bersama kelindannya, 54.

Nahas dipercayai berlaku apabila bas terbabit dipandu dengan laju dan melanggar bahagian belakang Perodua Alza, kemudiannya hilang kawalan sebelum terbalik merempuh pembahagi jalan.

Bas persiaran itu difahamkan dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim.