'Mohon doa kalian agar urusan kesihatan Sheqal dipermudahkan' - Jo Branko

Iklan
Penyanyi Sheqal yang ditidurkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak Khamis akibat mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

SHAH ALAM – Gitaris terkenal, Jo Branko memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan penyanyi Sheqal yang ditidurkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak Khamis akibat mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Menerusi satu hantaran di media sosial, gitaris kumpulan Barbarik itu turut mengimbas kembali kenangan awalnya bersama Sheqal ketika mula menapak dalam industri muzik tanah air.

Iklan
Iklan

"Mohon doa kalian semua agar urusan kesihatan Sheqal dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Sepertimana yang semua maklum, Sheqal adalah penyanyi dalam band pertama saya ketika mula-mula sampai di Kuala Lumpur dulu.

"Moga diberikan kesembuhan oleh ALLAH SWT atas segala penyakit yang dihadapinya dan dipermudahkan segala urusannya,” tulisnya.

Iklan
Jo Branko

Perkongsian Jo Branko atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 55, menarik perhatian ramai termasuk rakan artis serta peminat yang tidak putus-putus menitipkan doa di ruangan komen.

Rata-rata netizen menyatakan rasa simpati dan mendoakan agar Sheqal segera diberi kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Iklan

"Terima kasih Jo Branko kerana berkongsi. Moga Sheqal kuat,” tulis beberapa pengguna media sosial.

Terdahulu, Sheqal telah ditidurkan sejak Khamis dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Isterinya, Normah Mohd Yusoff, 58, berkata Sheqal dikejarkan ke hospital selepas tahap oksigen dalam badannya menurun sehingga 62 peratus.

Untuk rekod, Sheqal atau Shahrin Salehuddin, 60, sebelum ini berdepan dengan masalah kesihatan termasuk diserang angin ahmar sebanyak empat kali sejak 2020.

Penyanyi lagu Cinta Nusantara ini turut menghidap penyakit buah pinggang tahap empat dan kini menggunakan kerusi roda.