Pelajar tiga fakulti UPSI dikenal pasti terlibat dalam nahas di Gerik

Iklan
Sebahagian pelajar UPSI membaca Yasin selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Al Mursyidin UPSI, Tanjung Malim pada Isnin.

TANJUNG MALIM - Pelajar tiga fakulti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dikenal pasti terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur–Barat, Banun, Gerik awal pagi Isnin.

Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Muhammad Aiman Hamid berkata, mangsa merupakan pelajar Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) dan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM).

Iklan
Iklan

"Setakat ini, beberapa jenazah sudah dikenal pasti terdiri daripada pelajar tiga fakulti tersebut, manakala sebahagian lagi masih belum dapat dicam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampus UPSI Sultan Azlan Shah di sini pada Isnin.

Muhammad Aiman

Muhammad Aiman memberitahu, pihak MPP kini sedang mengatur beberapa inisiatif termasuk bacaan Yasin, kutipan dermadan ziarah pelajar terkorban.

Iklan

"Kami sedang merancang untuk membawa pelajar yang merupakan sahabat rapat mangsa bagi menziarahi jenazah dan memberikan salam terakhir.

"Walaupun belum ada maklumat rasmi mengenai penyediaan bas, namun usaha sedang dijalankan,” ujar beliau.

Iklan

Tambah Muhammad Aiman, maklumat mengenai perkembangan semasa diperoleh menerusi rakan penuntut yang berada di lokasi kejadian dan disalurkan melalui kumpulan WhatsApp rasmi pengurusan pelajar.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kampus UPSI sejak berita kemalangan tragis itu tersebar yang mana rata-rata pelajar dilihat ke Masjid Al Mursyidin UPSI untuk bertafakur dan berdoa buat rakan terkorban.