SHAH ALAM - Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyalurkan bantuan kilat sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, dalam kejadian awal pagi Isnin.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bantuan itu diberikan sebagai usaha segera untuk meringankan beban mangsa dan keluarga yang terkesan dengan tragedi tersebut.