[VIDEO] Nahas pelajar UPSI: Bomba potong belakang bas keluarkan mangsa terperangkap

Iklan

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa memotong bahagian belakang bas persiaran menggunakan peralatan hidraulik khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam nahas membabitkan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada Isnin.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Perak memaklumkan bahawa dua mangsa yang parah dan empat yang maut berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak kakitangan perubatan dan polis.

Iklan
Iklan

Keadaan bas dilaporkan terbalik, manakala Perodua Alza terbabas ke dalam parit.

"Terdapat mangsa yang berjaya keluar sendiri, ada yang tercampak keluar dan ada yang masih berada di dalam bas.

Iklan

"Setakat ini, seramai 13 mangsa dari bas telah disahkan meninggal dunia dan 31 cedera, manakala tiga mangsa dari Perodua Alza mengalami kecederaan ringan dan seorang mengalami patah tangan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, sebuah bas yang membawa 36 pelajar UPSI dilaporkan terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari program khidmat masyarakat di Kelantan.

Iklan

Seramai 15 pelajar disahkan maut, manakala selebihnya mengalami kecederaan pelbagai tahap dan sedang dirawat di Hospital Gerik serta Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Operasi menyelamat tersebut membabitkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dan BBP Jeli, selain anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).